Hubungi Kami +6 019-620 3040

WAKJALI EVENT MANAGEMENT

Wak Jali Tour adalah sebuah laman web informasi terkini dan komprehensif khususnya bagi para pemancing.Tujuan Wakjalitour.my ditubuhkan adalah untuk memberikan informasi terkini dan dalam masa yang sama dapat mengumpulkan komuniti para pemancing (surfcaster) seluruh Malaysia untuk memudahkan peserta mendaftar sebagai ahli bagi menyertai dan mengetahui acara-acara yang akan diadakan.

WAKJALI Event Management ditubuhkan pada 14 April 2004 oleh Encik Md Zali B. Kasran selaku Pengarah Urusan. Ditubuhkan khusus bagi mengendalikan acara memancing. Rekod penyertaan sebanyak 3,986 peserta yang diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta dicapai pada 13 Mei 2007 di Cyberjaya. Rekod berkenaan kekal sehingga kini dan mungkin tidak mampu dipecahkan lagi!

Bagi tahun 2019 ini, WAKJALI Event Management akan mengadakan Pertandingan Memancing Malaysia Surfcasting Tour yang akan menjelajah beberapa buah negeri untuk menjalankan pertandingan ini.

Apa Kata Pemancing Kami?

image

MISI KAMI

Menjadi pengurus acara pertandingan memancing yang dihormati dan diyakini oleh semua pemancing dan penganjur.

VISI KAMI

Membawa acara memancing ke tahap penganjuran bertaraf dunia dan menjadikan ia sebuah produk pelancongan bagi membantu Malaysia mencapai negara maju 2050 melalui sukan & acara hobi.