Hubungi Kami +6 019-620 3040

WAKJALI EVENT MANAGEMENT

SIRI 1 PANTAI SERI LALANG LAUT, MERSING, JOHOR DARUL TAKZIM

Hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 bakal menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour 2020 A Journey To Visit Malaysia 2020 di Pantai Seri Lalang Laut, Mersing Johor. Program anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu bertujuan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sekaligus sebagai satu platform mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara. Siri kelapan ini dijangka akan disertai 1,000 penyertaan di persisir pantai sepanjang 4.5 kilometer. Juara bakal membawa pulang RM35,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai. Menurut wakil WakJali Event, Md Zali Kasran, pertandingan itu bakal menyaksikan pemancing dari seluruh negara berkumpul di Johor.

Beliau yakin saiz ikan yang lebih besar akan menarik lebih ramai kaki pancing untuk menyertai pertandingan itu. Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta. Lokasi baru yang akan diadakan selepas ini. Berikutan musim monsun Timur Laut yang baru berlalu, pertandingan kali ini diyakini bakal menyaksikan pelbagai spesis ikan gred A akan menjadi buruan peserta. Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak penganjur di talian 019-620 3040, 012-245 7647 dan 013-383 8655.



Syarat & Peraturan Pertandingan