Selamat Datang ke WAK JALI EVENT MANAGEMENT Portal

Wak Jali Tour adalah sebuah laman web informasi terkini dan komprehensif khususnya bagi para pemancing.Tujuan Wakjalitour.my ditubuhkan adalah untuk memberikan informasi terkini dan dalam masa yang sama dapat mengumpulkan komuniti para pemancing (surfcaster) seluruh Malaysia untuk memudahkan peserta mendaftar sebagai ahli bagi menyertai dan mengetahui acara-acara yang akan diadakan.

WAKJALI Event Management ditubuhkan pada 14 April 2004 oleh Encik Md Zali B. Kasran selaku Pengarah Urusan. Ditubuhkan khusus bagi mengendalikan acara memancing. Rekod penyertaan sebanyak 3,986 peserta yang diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta dicapai pada 13 Mei 2007 di Cyberjaya. Rekod berkenaan kekal sehingga kini dan mungkin tidak mampu dipecahkan lagi!

Bagi tahun 2019 ini, WAKJALI Event Management akan mengadakan Pertandingan Memancing Malaysia Surfcasting Tour yang akan menjelajah beberapa buah negeri untuk menjalankan pertandingan ini.

MUAT TURUN PROFIL SYARIKAT

MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2019







Maklumat pertandingan & panduan penyertaan


MATLAMAT PERTANDINGAN

2.1 Memperkenalkan pantai-pantai seluruh negara yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan

2.2 Mempromosi dan memberi kesedaran rakyat Malaysia kepada VMY2020

2.3 Menggerakkan industri pelancongan domestik menerusi pergerakan kumpulan pemancing dari sebuah negeri ke negeri lain dalam setiap siri.

2.4 Menjana ekonomi hiliran daripada aktiviti memancing - umpan, makanan, petrol, pakaian, peralatan memancing dan lain-lain.

Anjuran WAKJALI ENVENT MANAGEMENT dengan kerjasama TOURISM MALAYSIA

Berikut adalah tarikh & jadual pertandingan
SIRI 1 : 17 MAC 2019 : PANTAI PUTERI, MELAKA
SIRI 2 : 13 APRIL 2019 : PANTAI BISIKAN BAYU, KELANTAN
SIRI 3 : PANTAI REMIS, SELANGOR
SIRI 4 : PANTAI TELUK LIPAT, DUNGUN, TERENGGANU
SIRI 5 : PANTAI TELUK BAHANG, P.PINANG
SIRI 6 : PANTAI TAMBAK PONTIAN, JOHOR
SIRI 7 : PANTAI MARINA ISLAND
SIRI 8 : PANTAI SEPAT, PAHANG
SIRI 9 : PANTAI KUALA PERLIS
SIRI 10 : TASIK TITIWANGSA / TASIK PUTRAJAYA

Alhamdulillah, kami menyediakan hadiah seperti berikut :-




Sesiapa yang berminat untuk menyertai GP ini, sila daftar menggunakan 2 cara dibawah

1. DAFTAR SECARA MANUAL - Sila muat turun dan isi borang pendaftaran peserta dan hantar ke meja urusetia

2. DAFTAR SECARA ONLINE - Sila layari web www.wakjalitour.my/daftar



ANJURAN :-

 


DENGAN KERJASAMA :-

 


DISOKONG :-

       

PROJEK & PERTANDINGAN YANG DIKELOLAI OLEH KAMI

Apa Kata Peserta kami

Terima kasih menyokong dan menyertai pertandingan yang dikelolai oleh kami. Sokongan padu anda semua membakar semangat dan meninggikan lagi cita-cita dan azam kami. Terima kasih semua.

Saya mengikuti semua pertandingan yang dianjurkan oleh WAK JALI ENVENT MANAGEMENT. Walaupun saya masih belum memenangi apa-apa hadiah, saya tetap yakin dengan pengurusan dan pengalaman yang diamalkan oleh mereka. InsyaAllah satu hari nanti saya pula akan menang!. Tahniah WAK JALI dan teruskan usaha.

AbdullahK.Lumpur

Saya pernah memenangi tempat ke dua dalam pertandingan yang dianjurkan oleh WAK JALI EVENT MANAGEMENT. Mereka telus dalam membuat keputusan pemenang dan sekarang mereka menggunakan sistem yang canggih untuk menentukan pemenang. Tahniah! dan selamat maju jaya. Mari kawan-kawan kita mencuba nasib di WAKJALITOUR2019.

Along ChamKuala Lumpur